WARNA MELAMBANGKAN PERSONALITI DIRI KITA
Warna Merah Warna merah melambangkan kekuatan, keberanian, cita-cita, tenaga fizikal, kepimpinan, kegembiraan dan semangat. Mereka yang menggemari warna merah ini mampu menjadi ketua yang baik dan pengikut yang boleh membuat kerja. Namun, penggemar warna ini sering dikaitkan dengan kemarahan, tidak sabar, tidak selesa dan mudah terganggu perasaan. Jangan memakai warna merah sekiranya anda rasa kecewa atau bertemu dengan individu yang anda tidak sukai. Warna Oren Warna oren dikaitkan dengan kegembiraan, kreativiti, keyakinan, kesukanan, gemar kepada aktiviti sosial serta alam kanak-kanak. Sikap positif warna oren dapat membantu mengurangkan perasaan rendah diri, kasihan pada diri sendiri, mengurangkan kedukaan dan sifat enggan memaafkan. Penggemar warna oren ini juga mampu menjadi sahabat atau pasangan yang baik, menarik dan suka menolong orang lain yang berada dalam kesusahan. Warna Putih Warna putih melambangkan kesempurnaan, kesucian, kesegaran, spiritual. keikhlasan d...