Posts

Showing posts from April, 2017

PETUA KECANTIKKAN

Nak tahu apa rahsia yang nenek kita simpan dari kita untuk dapatkan kulit cantik? Berikut adalah 8 petua kulit cantik yang perlu anda tahu. 1. Timun Timun dapat menghilangkan lingkaran hitam mata, mata bengkak (pastikan anda cukup tidur ya?), mengecilkan rongga kulit dan merawat  sunburn.  Sangat berguna bagi produk yang berharga RM2 sekilogram. Cara guna:  Hanya hiris nipis timun dan letakkan di atas mata. 2. Teh Hijau  Anda suka minum teh? Pernah cuba teh hijau? Selepas anda menikmati keenakan teh hijau, jangan buang lak uncang teh tu. Ada gunanya tau untuk anda. Cara guna:  Hanya letakkan uncang teh hijau di mata dan biarkan selama 15-20 minit ( jangan lah letak uncang teh panas-panas tu di mata pulak. Tak pasal-pasal lak terbakor mata tu hehehe). Teh hijau dapat melembabkan kulit yang kering dan menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata. Baca Juga :  7 Tips Lenyapkan Mata Panda   3. Air beras Kenapa nenek kita tak membuang air beras selepas membasuh ber

TIPS PENJAGAAN MUKA

Jika anda seorang peminat drama Korea mesti perasan kulit muka orang Korea sangatlah bersih dan sihat. Tak kira lelaki ke perempuan kulit muka mereka  flawless  dan  glowing  habis! Dan kalau nak tahu orang Korea ni sangat menjaga kesihatan dan kecantikan dari dalaman. Sebab itu lah nenek-nenek di sana masih boleh melakukan aktiviti sukan yang lasak. Dahsyat betul. Gadis manis ini kongsi 10 rahsia dan cara-cara orang Korea jaga muka dan badan. Yang tips 4 dengan 5 tu paling susah nak disiplin kot :P Penjagaan kulit yang wajib Cara-Cara Orang Korea Jaga Muka & Badan Sepanjang menetap di Jeju, ada banyak perkara yg kina belajar dari orang korea. Antaranya ialah cara orang Korea jaga kulit & badan. Kalau anda dtg korea mesti perasan kulit diorang ni banyak yg putih, bersih, dan badan pun slim je kan? Kina pernah tanya sendiri dengan kawan2 Korean cara diorg jaga kecantikan, so kat bawah ni kina list kan beberapa secret tips yg diorg bgtau dan hasil dari pemerhatian kin

10 PUTERI KERABAT DIRAJA PALING TERKENAL

Sebelum bermula, kami mencadangkan anda pasang lagu 'Bagaikan Puteri' nyanyian Farra sambil membaca artikel ini. Pasti ramai di kalangan para gadis di luar sana yang pernah bermimpi untuk menjadi puteri raja sewaktu kecil dahulu. Hidup serba mewah di istana besar tanpa memikirkan soal kewangan yang kita sering hadapi. Namun, dilahirkan sebahagian dari keluarga diraja bukanlah tiket untuk mereka mewarisi gelaran tersebut sewenang-wenangnya. Sebaliknya, suatu tanggungjawab terpaksa digalas untuk sentiasa menjada kredibiliti dan keterampilan golongan diraja. Jom kita semak senarai 10 puteri dan kerabat diraja paling jelita dan mendapat perhatian seluruh dunia. 1) Puteri Mathilde Melusine Ruspoli (Cerveteri) Merupakan antara puteri diraja muda yang terkenal kerana kecantikannya, Puteri Mathilde merupakan anak kepada mendiang Alessandro Ruspoli, Putera Kesembila Cerveteri. Malah, wajah beliau juga pernah menghiasi muka hadapan majalah terkemuka, Ferragamo sewaktu berusi

10 PEMBUNUH PALING KEJAM DI DUNIA

Kalau di Malaysia, adakah anda masih ingat lagi kes tergempar pembunuhan ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada tahun 1993 yang telah ditetak anggota badannya sehingga menjadi 18 kerat? Nama Mona Fendi tidak henti-henti menjadi buah mulut masyarakat ketika itu. Dia, suaminya dan pembantu mereka telah disabitkan kesalahan atas pembunuhan kejam yang dilakukan dan Mona telahpun menjalani hukuman gantung sampai mati pada tahun 2001. Sehingga kini kita masih tertanya-tanya, apakah motif sebenar pembunuhan. Adakah pembunuh seperti Mona ini memang dilahirkan tidak mempunyai sifat perikemanusiaan ataupun mereka mengalami masalah gangguan mental yang kronik? Apa yang ada dalam kepala otak mereka? Kadang-kadang tu nampak muka macam baik-baik aje tapi rupa-rupanya pembunuh. Kita sering berasa jijik apabila mengetahui perlakuan pembunuh sadis seperti Mona tetapi pada masa yang sama, kita masih tertarik untuk mengetahui apa niat sebenar mereka mahu menjadi "Tuhan&q

10 TEMPAT PELANCONGAN YANG PALING BERBAHAYA DI DUNIA

  Siapa tak suka pergi melancong? Tipu lah kan kalau tak suka. Semua orang suka. Melancong sedikit sebanyak boleh mengurangkan tekanan dalam diri kita, kerana ia dapat menenangkan fikiran kita.Terdapat beberapa jenis tempat pelancongan, mengikut citarasa masing-masing. Ada yang sukakan pantai, boleh pergi ke Pulau Langkawi atau Boracay. Bagi yang sukakan gunung-ganang, mereka boleh pergi ke Gunung Kinabalu, atau nak lagi ekstrem boleh ke Gunung Everest. Bagi yang suka melancong sambil membeli belah pula boleh ke Paris atau London, mahupun Amerika Syarikat. Namun, bagi mereka yang sukakan cabaran dan, mungkin pelik, tapi ada di kalangan kita, yang sukakan bahaya, ke mana mereka hendak pergi? Iluminasi.com ingin berkongsi 11 tempat tarikan pelancong yang paling berbahaya di dunia sesuai bagi mereka yang sukakan tempat perlancongan yang mempunyai unsur-unsur cabaran dan bahaya. 1. Death Valley, Amerika Syarikat    Jika bumi ini diibaratkan seperti rumah anda, maka Death Va