Posts

Showing posts from 2017

PETUA KECANTIKKAN

Nak tahu apa rahsia yang nenek kita simpan dari kita untuk dapatkan kulit cantik? Berikut adalah 8 petua kulit cantik yang perlu anda tahu. 1. Timun Timun dapat menghilangkan lingkaran hitam mata, mata bengkak (pastikan anda cukup tidur ya?), mengecilkan rongga kulit dan merawat  sunburn.  Sangat berguna bagi produk yang berharga RM2 sekilogram. Cara guna:  Hanya hiris nipis timun dan letakkan di atas mata. 2. Teh Hijau  Anda suka minum teh? Pernah cuba teh hijau? Selepas anda menikmati keenakan teh hijau, jangan buang lak uncang teh tu. Ada gunanya tau untuk anda. Cara guna:  Hanya letakkan uncang teh hijau di mata dan biarkan selama 15-20 minit ( jangan lah letak uncang teh panas-panas tu di mata pulak. Tak pasal-pasal lak terbakor mata tu hehehe). Teh hijau dapat melembabkan kulit yang kering dan menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata. Baca Juga :  7 Tips Lenyapkan Mata Panda   3. Air beras Kenapa nenek kita tak membuang air beras selepas membasuh ber

TIPS PENJAGAAN MUKA

Jika anda seorang peminat drama Korea mesti perasan kulit muka orang Korea sangatlah bersih dan sihat. Tak kira lelaki ke perempuan kulit muka mereka  flawless  dan  glowing  habis! Dan kalau nak tahu orang Korea ni sangat menjaga kesihatan dan kecantikan dari dalaman. Sebab itu lah nenek-nenek di sana masih boleh melakukan aktiviti sukan yang lasak. Dahsyat betul. Gadis manis ini kongsi 10 rahsia dan cara-cara orang Korea jaga muka dan badan. Yang tips 4 dengan 5 tu paling susah nak disiplin kot :P Penjagaan kulit yang wajib Cara-Cara Orang Korea Jaga Muka & Badan Sepanjang menetap di Jeju, ada banyak perkara yg kina belajar dari orang korea. Antaranya ialah cara orang Korea jaga kulit & badan. Kalau anda dtg korea mesti perasan kulit diorang ni banyak yg putih, bersih, dan badan pun slim je kan? Kina pernah tanya sendiri dengan kawan2 Korean cara diorg jaga kecantikan, so kat bawah ni kina list kan beberapa secret tips yg diorg bgtau dan hasil dari pemerhatian kin

10 PUTERI KERABAT DIRAJA PALING TERKENAL

Sebelum bermula, kami mencadangkan anda pasang lagu 'Bagaikan Puteri' nyanyian Farra sambil membaca artikel ini. Pasti ramai di kalangan para gadis di luar sana yang pernah bermimpi untuk menjadi puteri raja sewaktu kecil dahulu. Hidup serba mewah di istana besar tanpa memikirkan soal kewangan yang kita sering hadapi. Namun, dilahirkan sebahagian dari keluarga diraja bukanlah tiket untuk mereka mewarisi gelaran tersebut sewenang-wenangnya. Sebaliknya, suatu tanggungjawab terpaksa digalas untuk sentiasa menjada kredibiliti dan keterampilan golongan diraja. Jom kita semak senarai 10 puteri dan kerabat diraja paling jelita dan mendapat perhatian seluruh dunia. 1) Puteri Mathilde Melusine Ruspoli (Cerveteri) Merupakan antara puteri diraja muda yang terkenal kerana kecantikannya, Puteri Mathilde merupakan anak kepada mendiang Alessandro Ruspoli, Putera Kesembila Cerveteri. Malah, wajah beliau juga pernah menghiasi muka hadapan majalah terkemuka, Ferragamo sewaktu berusi

10 PEMBUNUH PALING KEJAM DI DUNIA

Kalau di Malaysia, adakah anda masih ingat lagi kes tergempar pembunuhan ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada tahun 1993 yang telah ditetak anggota badannya sehingga menjadi 18 kerat? Nama Mona Fendi tidak henti-henti menjadi buah mulut masyarakat ketika itu. Dia, suaminya dan pembantu mereka telah disabitkan kesalahan atas pembunuhan kejam yang dilakukan dan Mona telahpun menjalani hukuman gantung sampai mati pada tahun 2001. Sehingga kini kita masih tertanya-tanya, apakah motif sebenar pembunuhan. Adakah pembunuh seperti Mona ini memang dilahirkan tidak mempunyai sifat perikemanusiaan ataupun mereka mengalami masalah gangguan mental yang kronik? Apa yang ada dalam kepala otak mereka? Kadang-kadang tu nampak muka macam baik-baik aje tapi rupa-rupanya pembunuh. Kita sering berasa jijik apabila mengetahui perlakuan pembunuh sadis seperti Mona tetapi pada masa yang sama, kita masih tertarik untuk mengetahui apa niat sebenar mereka mahu menjadi "Tuhan&q

10 TEMPAT PELANCONGAN YANG PALING BERBAHAYA DI DUNIA

  Siapa tak suka pergi melancong? Tipu lah kan kalau tak suka. Semua orang suka. Melancong sedikit sebanyak boleh mengurangkan tekanan dalam diri kita, kerana ia dapat menenangkan fikiran kita.Terdapat beberapa jenis tempat pelancongan, mengikut citarasa masing-masing. Ada yang sukakan pantai, boleh pergi ke Pulau Langkawi atau Boracay. Bagi yang sukakan gunung-ganang, mereka boleh pergi ke Gunung Kinabalu, atau nak lagi ekstrem boleh ke Gunung Everest. Bagi yang suka melancong sambil membeli belah pula boleh ke Paris atau London, mahupun Amerika Syarikat. Namun, bagi mereka yang sukakan cabaran dan, mungkin pelik, tapi ada di kalangan kita, yang sukakan bahaya, ke mana mereka hendak pergi? Iluminasi.com ingin berkongsi 11 tempat tarikan pelancong yang paling berbahaya di dunia sesuai bagi mereka yang sukakan tempat perlancongan yang mempunyai unsur-unsur cabaran dan bahaya. 1. Death Valley, Amerika Syarikat    Jika bumi ini diibaratkan seperti rumah anda, maka Death Va

WARNA MELAMBANGKAN PERSONALITI DIRI KITA

Warna Merah Warna merah melambangkan kekuatan, keberanian, cita-cita, tenaga fizikal, kepimpinan, kegembiraan dan semangat. Mereka yang menggemari warna merah ini mampu menjadi ketua yang baik dan pengikut yang boleh membuat kerja. Namun, penggemar warna ini sering dikaitkan dengan kemarahan, tidak sabar, tidak selesa dan mudah terganggu perasaan. Jangan memakai warna merah sekiranya anda rasa kecewa atau bertemu dengan individu yang anda tidak sukai. Warna Oren Warna oren dikaitkan dengan kegembiraan, kreativiti, keyakinan, kesukanan, gemar kepada aktiviti sosial serta alam kanak-kanak. Sikap positif warna oren dapat membantu mengurangkan perasaan rendah diri, kasihan pada diri sendiri, mengurangkan kedukaan dan sifat enggan memaafkan. Penggemar warna oren ini juga mampu menjadi sahabat atau pasangan yang baik, menarik dan suka menolong orang lain yang berada dalam kesusahan. Warna Putih Warna putih melambangkan kesempurnaan, kesucian, kesegaran, spiritual. keikhlasan d

JENAYAH SEKSUAL DIKALANGAN KANAK-KANAK BAWAH 18 TAHUN

Image
Penderaan seksual kanak-kanak  merupakan salah satu daripada  penderaan kanak-kanak , dan merujuk kepada sebarang perlakuan individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual. Apabila orang dewasa mencari atau terbabit dalam aktiviti seksual dengan kanak-kanak, sentimen umum biasanya merumuskan bahawa tindakan ini sebagai manifestasi  pedophilia , bagaimanapun sesetengak kajian yang mengkaji psychologi pesalah seks hubungan ( contact sex offenders  ) menunjukkan bahawa kebanyakan pesalah seks hubungan bukanlah  sepenuhnya atau cenderung kepada kanak-kanak . Aktivis pro-pedophile menggunakan farsa "seks dewasa-kanak-kanak" dan mengait pertahanan akademik bagi mentakrif "penderaan seksual kanak-kanak" melalui terminologi bebas-nilai ( value-neutral ) bagi menormalkan dan menganjur idea bahawa kanak-kanak mampu merelakan seks dengan orang dewasa dan tidak

KENAPA PEREMPUAN PERLU LEBIH TIDUR DARIPADA LELAKI ?

Siapa yang perlu lebih banyak tidur, wanita atau lelaki?  Jawapannya ialah wanita.  Tapi sebab apa? Penyelidik dari Amerika Syarikat berkata, otak wanita memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas di siang hari.  Kajian oleh saintis dari Universiti Duke di North Carolina pula mendapati, wanita yang kurang tidur akan mengalami kemurungan dan kerap marah. Namun, keadaan tersebut tidak akan terjadi pada lelaki yang tidak cukup tidur. FAKTA: Wanita kurang tidur akan mengalami sakit-sakit badan & kerap marah Dr Michael Breus, seorang pakar tidur, percaya sesetengah wanita yang kurang tidur akan diserang radang teruk dalam tubuh mereka sehingga mengalami sakit fizikal ketika bangun tidur. Tambahnya lagi, wanita memerlukan tidur lebih kerana menggunakan lebih banyak otak berbanding lelaki kerana melakukan pelbagai tugas. “Lebih banyak otak anda digunakan pada siang hari, lebih banyak ia perlu untuk pulih dan lebih banyak tidur anda perlukan,”

CARA PEMAKANAN TIDAK SIHAT

Apa itu obesiti ?? kencing manis ?? darah tinggi ?? itu semua penyakit yang boleh dikategorikan berpunca daripada sebab amalan pemakanan yang kurang atau tidak sihat .. bukan setakat orang tua .. zaman sekarang .. orang muda pun boleh dapat penyakit tu semua ..its really nice to eat .. tapi kesannya amat susah untuk dihilangkan .. di Malaysia .. golongan yang mempunyai obesiti adalah remaja .. bukan orang gemuk aje tauu yang ada obesiti .. orang kurus pun boleh ada kalau merkea takjaga pemakanan mereka .. taksalah sekali sekala makanan yang berlemak .. tetapi harus seimbang .. lakukan aktiviti senaman paling kurang 2kali seminggu untuk kesan yang baik .. bukan nak cakap apa .. tapi saya pun malas jugak bak exercise .. tapi nak badan sihatkan ?? kenalah berkorban ..

ONLINE BUSINESS

Apa yang dimaksudkan dengan online business atau perniagaan atas talian ?? Maksudnya penjual dan pembeli membeli barang melalui atas talian walau dimana mereka berada .. dan proses ni sangat menyenangkan semua orang .. cuma yang bekerja hanya pihak pembekal .. misal kata anda seorang dropshipper atau orang tengah antara pembekal dan pembeli ,, kira perumpamaan untung atas angin .. tapi masih ada lagi yang menganggur .. engkau nak kerja senang macam mana lagi ??nak tunggu duit datang bergolek depan kau ?? saya rasa online business adalah satu tempat kerja yang amat mudah .. kerana semua orang boleh buat ..

CERITA AKU 😘

Haii .. assalamualaikum 😊😊 Kali ni aku taknak cerita pasal fakta negara ke apa .. Kali ni aku nak cerita pasal hidup aku .. aku adalah pelajar sepenuh masa ,, aku adalah ibu dan aku adalah isteri .. memang susah bila hidup macam ni tauu .. sampai kalau boleh setiap malam nak menangis sebab tekanan .. siapa yang hadap situasi macam aku ,, dia mesti rasa apa yang aku rasa .. aku bersyukur dikurniakan suami yang sangat memahami diri aku dan dikurniakan anak yang sangat bijak dan comel .. segala benda yang aku hadapi sekarang ni ,, semuanya adalah takdir .. aku menerima dengan ikhlas hati .. semoga aku kuat untuk hadapi segala cabaran dan dugaan yang akan datang 

BRIM

Image
Assalamualaikum .. Hari ni saya nak bincangkan pasal BR1M .. Okay memang betul semua rakyat kita menunggu penerimaan BR1M setiap tahun .. tapi berbaloi ke kita dapat BR1M kalau semua keperluan dinaikkan harga ?? apa pendapat semua ?? bagi saya sikit pun tak berbaloi .. BR1M tu sehari sahaja dah boleh habis .. macam mana diorang boleh tetapkan sehari hanya guna RM1.40 .. tu harga segelas Teh O Ais .. Namun , untuk bahagian yang bekeluarga .. saya setuju dengan cara penerimaannya secara berperingkat .. kalau bagi sekaligus .. memang akan habis .. Walau apa pun .. terima kasih kepada Perdana Menteri kita Dato Sri Najib kerana memberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia ..