JENAYAH SEKSUAL DIKALANGAN KANAK-KANAK BAWAH 18 TAHUN

Penderaan seksual kanak-kanak merupakan salah satu daripada penderaan kanak-kanak, dan merujuk kepada sebarang perlakuan individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual.


Apabila orang dewasa mencari atau terbabit dalam aktiviti seksual dengan kanak-kanak, sentimen umum biasanya merumuskan bahawa tindakan ini sebagai manifestasi pedophilia, bagaimanapun sesetengak kajian yang mengkaji psychologi pesalah seks hubungan (contact sex offenders ) menunjukkan bahawa kebanyakan pesalah seks hubungan bukanlah sepenuhnya atau cenderung kepada kanak-kanak. Aktivis pro-pedophile menggunakan farsa "seks dewasa-kanak-kanak" dan mengait pertahanan akademik bagi mentakrif "penderaan seksual kanak-kanak" melalui terminologi bebas-nilai (value-neutral) bagi menormalkan dan menganjur idea bahawa kanak-kanak mampu merelakan seks dengan orang dewasa dan tidak semestinya tercedera oleh perlakuan sedemikian.
Penderaan seksual kanak-kanak merangkumi :
  1. Memasukkan objek atau bahagian tubuh ke dalam faraj, mulut atau dubur.
  2. Menyentuh bahagian sulit.
  3. Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak.
  4. Mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual.
  5. Menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual.
  6. Membuat panggilan telefon lucah,
  7. Merogol.
  8. Melakukan seks oral.
  9. Meliwat.
  10. Melacurkan.
  11. Mengintai.
  12. Mencium.
  13. Mengusap.
  14. Mempamerkan aksi lucah.

Namun , perkara ini juga boleh disebabkan oleh kanak-kanak itu juga .. Pada zaman sekarang kecanggihan teknologi yang mendedahkan banyak perkara kepada kanak-kanak ataupun mereka yang berusia bawah 18 tahun .. Ibu bapa seharusnya sentiasa memantau segala aktiviti anak-anak supaya tidak terjadi perkara sebegini ..

Comments

Popular posts from this blog

WARNA MELAMBANGKAN PERSONALITI DIRI KITA

PETUA KECANTIKKAN